Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed | 

Sejarah Ringkas Negeri Sabah

| Sabah | April 26, 2012

Sabah Tanah Airku

Sabah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Pulau [[Borneo]]. Pada abad ke-16, Kesultanan [[Brunei]] menguasai sebahagian besar daripada wilayah utara pulau ketiga terbesar di dunia iaitu Pulau Borneo. Nama pulau ini, “Borneo” sendiri berasal daripada nama kesultanan itu iaitu “Brunei”. Kesultanan Brunei telah menamakan wilayahnya yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo ini sebagai “Sabah”. Sabah meliputi seluruh bahagian utara di pantai barat dan seluruh wilayah pantai timur Pulau Borneo. Wilayah Sabah termasuk wilyah Sungai Sulaman hingga ke Teluk Marudu dan ke Sungai Paitan, Sibuku, Sugut, Banggaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang, Kimanis, Benoni, Teluk Gaya, Teluk Sepanggar dan Pulau Banggi.

Sabah In Borneo

Sabah, Borneo

Pada abad ke 19, satu perebutan takhta Kesultanan Brunei telah berlaku di antara Sultan Muhiudin dan Sultan Abdul Mubin. Perebutan takhta ini telah memihak kepada Sultan Muhiudin dengan bantuan [[Sultan Sulu]] pada masa itu. Sultan Muhiudin menyerahkan sebahagian wilayah pantai timur Sabah iaitu dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku kepada Sultan Sulu sebagai balasan kepada jasa Sultan Sulu membantu baginda dalam perebutan takhta Brunei. Dengan itu, Sabah telah terbahagi kepada dua zon pentadbiran oleh dua kesultanan iaitu Sultan Brunei di Zon Pantai Barat dan Sultan Sulu di Zon Pantai Timur.

Pada tahun 1877, Sultan Brunei, Sultan Abdul Mu’min dan Pangeran Temenggung menyerahkan wilayah Sabah yang meliputi Teluk Gaya hingga ke Sungai Sibuku dan Sungai Kimanis dan Benoni kepada [[Baron Von Overbeck]] dan [[Alfred Dent]] untuk selama-lamanya. Sultan Brunei menerima bayaran sebanyak $15,000 setahun sebagai balasan kepada penyerahan ini. Pada tahun 1878, Sultan Sulu pula, iaitu Paduka Maulana Al-Sultan Mohamet Jamal Al-Alam bin Sri Paduka Almarhum Al Sultan Mohamat Fathlon menyerahkan wilayah Sabah yang meliputi wilayah Pandasan ke Sungai Sibuku, wilayah pantai timur iaitu wilayah Paitan, Sugut, Benggaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang dan kawasan-kawasan lain termasuk pulau-pulau ke selatan Teluk Darvel kepada Overbeck dan Alfred Dent. Sultan sulu menerima bayaran sebanyak $5000 setahun sebagai balasan kepada penyerahan ini. Dengan itu, jatuhlah Sabah ke tangan pemerintah Barat iaitu Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada tahun 1878 dan mulai dikenali sebagai North Borneo (Borneo Utara). SBBU telah memerintah Sabah secara rasminya pada tahun 1881 hingga 1941.

Pada tahun 1942-1945, Sabah telah jatuh ke tangan Jepun melalui Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, pemerintahan Sabah telah diambil alih sementara oleh Pentadbiran Tentera British (British Military Administration). Pada tahun 1946, SBBU dengan rasminya telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan [[British]]. Dengan itu, jatuhlah Sabah ke tangan British dan dijadikan sebagai Jajahan Mahkota Diraja British (Crown Colony). British turut memasukkan [[Labuan]] sebagai sebahagian daripada jajahan itu, maka jadilah Labuan sebagai sebahagian daripada Sabah sehingga ke zaman [[Malaysia]].

Sabah di Malaysia

Kedudukan Geografi Sabah di Dalam Malaysia

Pada tahun 1963, Sabah telah bersetuju untuk bersekutu dengan Malaya (kini Semenanjung Malaysia), [[Singapura]], Brunei dan [[Sarawak]] untuk membentuk sebuah Persekutuan yang bakal dikenali sebagai Malaysia. Maka, pada 31 Ogos 1963, Sabah dengan rasminya mencapai kemerdekaan daripada British (Kemerdekaan berjaya dicapai dengan bersetuju menyertai Malaysia). Akhirnya, pada 9 July 1963, Sabah  menjadi salah sebuah daripada 14 13 buah negeri di Malaysia pada hari ini.

Baca lebih lanjut tentang pembentukan Malaysia

Malaysians ‘owe’ Sabah the truth – Lim Kit Siang (Pandangan peribadi)

Point of View: The Formation of Malaysia? – Tan Sri Simon Sipaun (Pandangan peribadi)

Behind the formation of Malaysia – Jebat Must Die (Article mengandungi tulisan asal Tunku Abdul Rahman)

Malaysia Agreement of 9 July 1963 – SAPP (PDF file, Petikan Salinan Perjanjian Malaysia)

Malaysia Agreement of July 1963 – PDF file. Salinan Lengkap Perjanjian Malaysia 1963

 

Gunung Kinabalu di Sabah

  

2 Responses to “Sejarah Ringkas Negeri Sabah”

  1. Sailla Muhammad on March 2, 2013 @ 10:54 am

    menarik fakta ini. Terutama sekali bahagian penyerahan dan bayaran tahunan yang diterima oleh kesulatanan berunai dan Sulu. Persoalannya apa sudah jadi dengan bayaran tahunan tersebut?

    Apakah kerajaan hari ini masih menerima pembayaran tersebut?

    sebab jika dirujuk kepada fakta ini jelas sekali penyerahan terawal wilayah Sabah kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Den itu adalah bersyarat iaitu pembayaran tahunan di antara 5000 dan 15000 pound.

    Mungkin anda perlu menjelaskannya dengan lebih lanjut agar tidak disalah tafsir oleh generasi kita seterusnya terutama sekali kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai keluarga Kesulatanan Sulu yang telah mendarat dan bertapak di pantai Lahat Dato Sabah serta berbalas tembakan sehinga mengorbankan 2 anggota polis kita.

    Sekadar perkongsian… Pergolakkan yang berlaku di Selatan Thailand dan Selatan Filipina juga adalah berpunca penyerahan wilayah dengan sewenang-wenangnya. Misalnya, perjanjian Bangkok 1909 telah meletakkan semua wilayah yang terletak di bahagian utara kedah dan Kelantan di bawah kuasa kerajaan Siam manakala di bahagian selatannya pula di bawah pengaruh Inggeris. Perlu diingat Wilayah Selatan Siam ( Thailand ) tersebut adalah wilayah yang berkerajaan sendiri Seperti Pattani, Yala dan Naratiwat dan ketiga-tiga kerajaan ini juga sama seperti kesultanan Kedah dan beberapa kerajaan melayu yang menghantar Ufti Emas kepada kerajaan Siam. Hakikatnya, kerajaan tersebut tidak pernah diperintah oleh Siam meski pun mereka bekerjasama dengannya. Perjanjian 1909 tersebut telah menafikan hak mereka dan kerajaan-kerajaan tersebut telah diserahkan secara total kepada siam tanpa ada perundingan dengan mereka. Senang cerita, samalah seperti rumah tempat anda tinggal diserahkan kepada orang lain sedangkan anda adalah pemilik sahnya. Tentu sahaja anda akan memberontak dan menentangnya habis-habisan.

    Demikian juga halnya dengan wilayah Mindanao selatan Filipina. Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Sepanyol yang menjajah Filipina tidak pernah berjaya dalam serangannya untuk cuba menanawan wilayah tersebut yang ketka itu berada bawah pengaruh kerajaan Islam dan Mandanao kekal sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. Namun selepas perang dua ke-2, Kerajaan Sepanyol telah menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat termasuklah Mandanao dan sejak saat itu Wilayah tersebut diletakkan di bawah kerajaan Filipina. Perjuangan BangsaMoro hari ini adalah untuk hak tanah air mereka.

  2. Game ta phone a ashe na.baad.

Leave a Reply

Categories